Iwere feat Ronnie Hussein - Melangkah Laju

Iwere feat Ronnie Hussein - Melangkah Laju

Hidup
Kena kayuh, redah
Terus maju yo!

Semua kisah ada konflik
Lari atas topik
Ada kisah kekal logik
Logik tak masuk topik
Hidup kena kayuh redah itu aku pasrah
Berlalu boleh tumpang jangan tersekat di simpang woo

Izin aku terangkan isikan
Aku susur langkah suluh setiap pergerakan
Tujuh langit ada bumi banyak warna bak pelangi
Cuba hadap tenang persiapkan diri sendiri

Seribu tanda tanya ke mana arah kakimu
Melawan arus dunia segalanya kau perlu

Melangkah laju
Melangkah laju
Lihat, lihat di hadapanmu
Melangkah laju
Melangkah laju
Lihat, lihat kejar impianmu

Kejarkan impianmu
Kejarkan impianmu
Kejarkan impianmu

Jangan risau kenapa takut sampai cemas
Betulkan niat diri pandang lebih jelas
Cuma kena ingat perlu kekal cermat
Benda nampak ligat rupanya penuh muslihat

Elakkan yang buruk simpan yang perlu
Jaga lidah tak bertulang cakap yang patut
Tiada guna bongkak sekadar nak jalan mendongak
Kita buat kira, dia buat kira-kira

Seribu tanda tanya
Ke mana arah kakimu
Melawan arus dunia
Segalanya kau perlu

Melangkah laju
Melangkah laju
Lihat, lihat di hadapanmu
Melangkah laju
Melangkah laju
Lihat, lihat kejar impianmu

Meskipun kau hilang arah selami cuba dalami
Buang sifat sesal biarkan kau menikmati
Teliti dalam mimpi usah toleh tepi
Bukan hilang nyawa bukan boleh hilang nyata

Oh no it’s not okay jangan marah
Tiada siapa betul atau salah
Tetapkan arah tujuanmu utara
Lihat warna darah engkau aku serupa

Melawan arus dunia
Segalanya kau perlu

Melangkah laju
Melangkah laju
Lihat, lihat kejar impianmu
Melangkah laju (terus maju)
Melangkah laju (terus maju)
Lihat, lihat di hadapanmu

Melangkah laju (terus maju)
Melangkah laju (terus maju)
Lihat, lihat kejar impianmu

Lagu: DJ Fuzz & Zah Amirul
Lirik: Lawa Nie Geng & Iwere
Previous
Next Post »
0 Komen