Amirudin Hizadin - Mana Hilang 2.6 Bintang


Mungkin takkan ku ke Kuala Lumpur
Nak bayar tol, minyak, aku menggelupur
Duit belanja cukup makanku waktu sahur

Mungkin hidupku kegelapan
Nak bayar bil elektrik tak kemampuan
Tapi tak apa, tunggu duit BR1M dan bantuan

Mana hilangnya
2.6 bintang bintang
Yang sepatutnya menerangi
Mimpi ngeri dan suram kita

Mana hilangnya
2.6 bintang bintang
Aku tanyakan Pak Mentari
Tapi masih lagi berdiam

Mungkin yang sakit akan terus uzur
Nak bayar ubat pun terus tersungkur
Oh tapi PA katanya baik untuk kita

Mungkin harga barang akan turun
Ada GST semua orang untung
Tapi mengapa makin ramai yang bermurung

Mana hilangnya
2.6 bintang bintang
Yang sepatutnya menerangi
Mimpi ngeri dan suram kita

Mana hilangnya
2.6 bintang bintang
Aku tanyakan Pak Mentari
Tapi masih lagi berdiam

Lagu & Lirik: Amirudin Hizadin
Previous
Next Post »
0 Komen