Mawi & Filsuf - Sahabat Dalam Tubuh

Budak budak pergi mengaji
Pergi mengaji di waktu hujan
Sudahkah engkau mengenal diri
Kau kata dah kenal Tuhan

Sahabat siapa yang bergelar sahabat
Yang di depan kita hanyalah sebagai syarat
Sahabat siapa yang sebenar sahabat
Sukar nak dicari payah juga nak mendapat

Satu jiwa dalam tubuh yang berbeza

Ya cinta, ya nyawa
Ya rindu, ya kalbu

Siapakah kita di dalam kita

Kamu adalah aku tapi aku bukanlah kamu
Kamu menjadi aku yang sebenar-benarnya aku
Kita sentiasa bersama tapi tidak pernah bersua
Kamu selalu di sisi aku yang selalu mencari

Siapakah kita di dalam kita
Siapakah kita di dalam kita
Cubalah kita pejamkan mata
Adakah kita sudah bersedia

Siapakah kita di dalam kita
Cubalah kita pejamkan mata
Tinggalkanlah sejenak dunia

Siapakah kita di dalam kita
Cubalah kita pejamkan mata
Sambil kita bertanya
Siapalah kita di dalam kita

Orang Arab balik Arab berjubah labuh
Teman jauh jangan harap cari sabahat dalam tubuh
Orang Arab balik Arab berjubah labuh
Teman jauh jangan harap cari sabahat dalam tubuh

Siapakah kita di dalam kita
Siapakah kita di dalam kita

Kamu adalah aku, aku bukanlah kamu
Kamu menjadi aku yang sebenarnya aku

Dia yang dapat merasa apa yang kita rasa
Apabila kita sedih apabila kita duka
Apabila kita pilu apabila kita hiba
Tapi pernahkah kita bertanya kepada dia
Setiap hari pabila kita sedang mencerminkan diri ini
Apa khabar kamu apa khabar hati
Apa khabar jiwa dan seluruh tubuh ini
Jikalau masih ada yang belum faham dan mengerti
Mawi marilah kita bicara dari dalam hati ke hati

Ya cinta, ya nyawa
Ya rindu, ya kalbu

Dapatkah aku terima dengan hati yang terbuka
Andai sudah sampai waktu Kau berada di depanku
Mungkin di kiri kananku mungkin di depan belakangku
Mungkinkah aku bersyukur ataupun menunduk malu

Orang Arab balik Arab berjubah labuh
Teman jauh jangan harap cari sabahat dalam tubuh
Orang Arab balik Arab berjubah labuh
Teman jauh jangan harap cari sabahat dalam tubuh

Siapakah kita di dalam kita
Previous
Next Post »
0 Komen