Art Fazil - Melayu Di Kota Inggeris

Verse 1:
Maaflah jika aku kurang fasih
Bertutur bahasa Mat Salleh
Mungkin lidah ku kelu mungkin bibir ku kaku
Sebab tak biasa makan keju

Verse 2:
Mungkin tingkah ku ini aneh
Mungkin kerana aku ini masih
Lagi kuat bertaut
Bagai akar berpaut
Dengan adat resam lama ku

Chorus:
Pasu bunga berbaris baris
Disusun oleh si anak manis
Aku Melayu di kota Inggeris
Rindukan petai dan sambal tumis

Verse 3:
Seringkali aku terkenang
Pemandangan kampung halaman
Di mana waktu petang duduk sembang sembang
Minum teh tarik makan goreng pisang

Verse 4:
Aduh gadis bermata biru
Kuit mu seputih salju
Apakah maksud mu dengan senyuman itu
Alahai jangan cuba goda ku

Chorus:
Pasu bunga berbaris baris
Disusun oleh sianak manis
Aku Melayu di kota Inggeris
Rindukan petai dan sambal tumis

Verse 5:
Aduhai ayah dan ibu
Aku sentiasa merindu
Dan aku yakin satu hari nanti
Kita akan bersua lagi

Verse 6:
Wahai buah hati jantung ku
Apakah kau masih merindu
Jangan lah engkau ragu setia ku pada mu
Aku masih suka gadis Melayu

Chorus:
Pasu bunga berbaris baris
Disusun oleh si anak manis
Aku Melayu di kota Inggeris
Rindukan petai dan sambal tumis

Lagu & Lirik: Art Fazil
Previous
Next Post »
0 Komen