W.A.R.I.S & Ezad Lazim - Cinta Terakhir

Wahai hati dengarkan setiap bait kataku ini
Tak ku ketahui akhirnya ruang ini terisi
Dengar dengan teliti dan cuba kau fahami
Sampaikan penuh ikhlas tanpa perasaan benci
Sepertimana kau anggap cerita ini dan cinta ini suci
Ia terlahir saat kita memberi
Kembalikan harta kepada pemilik berhak
Jangan sakiti sesiapa supaya yang lain tidak menyakiti kamu
Kau kan pasti bertemu Tuhan dihitung segala amalan
Tuhan telah mengharamkan
Segala-gala urusan yang pernah melibatkan
Unsur riba haruslah dibatalkan
Mulai sekarang waspadalah tuk keselamatan bersama
Berjagalah dalam sekecil perkara
Kerna syaitan telah berputus asa menyesatkanmu
Dalam sebesar-besar perkara

Bila cinta berakhir
Musnahlah segalanya
Andai ku pergi dulu
Ku tinggalkan pesanannya
Bila cinta berakhir
Musnahlah segalanya
Andai ku pergi dulu
Ku tinggalkan pesanannya

Sebagaimana kamu punyai hak ke atas isteri kamu
Mereka juga punyai hak ke atas diri kamu
Berikan makanan dan pakaian yang diperlu
Kerna mereka adalah teman dan juga pembantu setiamu
Hak kamu ke atas mereka
Tidak membenarkan orang yang kamu tidak suka
Masuk ke dalam rumah untuk mengelakkan zina
Usah robohkan masjid yang telah kukuh dibina
Tak perlu dikata tapi perlu dimengerti
Dan boleh menilai tapi tidak menghakimi
Kerna semua insan saudara kita semuanya sama
Kecuali atas amalan dan takwa
Dan ingatlah maaf itu kemanusiaan buat silap manusia
Dan tanpa kemaafan ianya sia-sia
Dan telah ku sampaikan harap kau mendengar
Pesan akhir tentang cerita cinta sebenar

Bila cinta berakhir
Musnahlah segalanya
Andai ku pergi dulu
Ku tinggalkan pesanannya
Bila cinta berakhir
Musnahlah segalanya
Andai ku pergi dulu
Ku tinggalkan pesanannya

Semoga kita kan jadi (menjadi seperti)
Seperti dua insan (yang sedang dilamun)
Bercinta

Bila cinta berakhir
Musnahlah segalanya
Andai ku pergi dulu
Ku tinggalkan pesanannya
Bila cinta berakhir
Musnahlah segalanya
Andai ku pergi dulu
Ku tinggalkan pesanannya
Previous
Next Post »
0 Komen