Aizat Amdan - Angau #lundangtonewcastle

Melangut di sempadan
Sempadan langit senja
Senja memanggil riang
Riang ketawa si dayang

Terlukis laut
Lautan kisah
Kisah terpaut
Dipaut gadis indah

Baiduri
Selamkan sunyi
Ooh, petik silam yang sirna
Cambahkan di singgahsana
Igauan mekar
Angau ku mekar

Terpana si perjaka
Dibuai ayu ratna
Gemalai sambut nyawa
Soldadu yang terluka

Andai intan
Bimbang tercalar
Kan aku simpan
Dalam dakapan buana

Baiduri
Selamkan sunyi
Ooh, petik girang yang sirna
Hias pada mata suria

Bidadari
Hanyutkan sunyi
Ooh, petik hening berwarna
Ukiri satu purnama

Baiduri
Hanyutkan sepi
Ooh, petik silam yang pudar
Cambahkan di singgahsana
Igauan mekar
Angau ku mekar

Angau ku mekar
Angau ku mekar

Lagu: Aizat Amdan
Lirik: Terry Salim
Previous
Next Post »
0 Komen