Syamin Jasmi - Hati-Hati

Mata, kau bagai matahari
Sukarnya ku mengalih pandangan
Aku tahu bukan ku saja mangsa mentera
Pabila bibirmu melagukan kata

Sayang harus kau berjaga-jaga
Ramai yang ingin merampas takhtaku
Tiada lagi rahsia

Hati-hatilah kekasih
Simpan sedikit pesona terindahmu
Hati-hatilah kekasih
Kau memang cantik
Satu dunia jatuh nanti

Dikau satu dalam sejuta
Senyumanmu ternyata sempurna
Kita bak diiring orkestra bila bersama
Seolah babak romantis layar perak

Dan itulah sebab ku terganggu
Memikirkan merisaukan dirimu
Mengundang bahaya

Hati0hatilah kekasih
Simpan sedikit pesona terindahmu
Hati-hatilah kekasih
Kau memang cantik
Satu dunia jatuh

Jangan ingat pula ku cemburu buta
Cuma ku minta satu
Tak mahu cinta kita berdrama

Hati-hatilah kekasih
Simpan sedikit pesona terindahmu
Hati-hatilah kekasih
Kau memang cantik
Satu dunia jatuh

Hati-hatilah kekasih (hati-hatilah)
Simpan sedikit
Kau memang cantik
Hati-hatilah kekasih
Kau memang cantik
Satu dunia jatuh nanti
Previous
Next Post »
0 Komen