Indah Ruhaila - Di Sebalik Takdir

Ku sangka nama kita tertulis dengan mekar
Daun seranting pohon takdir

Namun gugur akhirnya di halaman berbeza
Kemarau hadir menghirup cinta

Aku terlalu dahagakan kasihmu
Tidak mampu ku tanpamu

Tuhan berikanlah padaku petunjuk
Kenapa Kau menentu dia bukannya untukku
Tuhan tunjukkanlah agar ku mengerti
Hikmahnya di sebalik takdir

Mungkin kau tidak tahu
Ku taruhkan jiwaku
Sepenuh hati mencintai

Galau memendam raga
Berjurai air mata
Menghimpun sayu sanubari

Aku terlalu dahagakan kasihmu
Tidak mampu ku tanpamu

Tuhan berikanlah padaku petunjuk
Kenapa Kau menentu dia bukannya untukku
Tuhan tunjukkanlah agar ku mengerti
Hikmahnya di sebalik takdir
Di sebalik takdir

Tuhan berikanlah padaku petunjuk
Kenapa Kau menentu dia bukannya untukku
Tuhan tunjukkanlah agar ku mengerti
Hikmahnya di sebalik takdir
Hikmahnya di sebalik takdir
Hikmahnya di sebalik takdir

Lagu & Lirik: Edry Abdul Halim
Previous
Next Post »
0 Komen