Nurfatima - Mawar

Suatu masa dipuja
Suatu masa dicinta
Terlerai dakapan mesra
Dunia bagaikan roda

Kasih tiada berbunga
Cinta dibalas dusta
Tinggalkan segala-gala
Kerna sayang kau turutkan

Mawar
Kini kau kembali mekar
Di jiwa walau berhujan tangisan
Mencari kekuatan

Dalam sedar
Walaupun lemah terlantar
Mendamba keampunan Maha Esa
Harapan hambaNya

Di dalam kepiluan
Kau menjejaki sinar
Asalkan berjauhan
Dari hidup penuh noda

Mawar
Kini kau kembali mekar
Di jiwa walau berhujan tangisan
Mencari kekuatan

Dalam sedar
Walaupun lemah terlantar
Mendamba keampunan Maha Esa
Harapan hambaNya

Beruntunglah
Belum ada pengakhirnya
Kerna masih bernyawa
Kembali ke landasanNya

Bagai mawar
Kini kau kembali mekar
Di jiwa walau berhujan tangisan
Mencari kekuatan

Dalam sedar
Walaupun lemah terlantar
Mendamba keampunan Maha Esa
Harapan hambaNya

Di jiwa walau berhujan tangisan
Mencari kekuatan

Dalam sedar
Walaupun lemah terlantar
Mendamba keampunan Maha Esa
Harapan hambaNya

Lagu: Azlan Abu Hassan
Lirik: Nurfatima
Previous
Next Post »
0 Komen