Art Fazil feat Imuda - Rilek Raya

Rilek raya, raya rilek
Rilek raya, raya rilek
Rilek raya, raya ni rilek lah

Hari raya sudah pun tiba
Pergi mengunjung sanak saudara
Banyak kereta di jalan raya
Jika terasa nak berlumba
Jangan brader, rilek...

Kalau hendak jaga kesihatan
Doktor kata kena jaga makan
Hari raya ni bermacam hidangan
Ikut hati kau nak balun sedulang
Jangan brader, rilek...

Rilek raya, raya rilek
Rilek raya, raya rilek
Rilek raya, raya ni rilek lah

Anak-anak balik ke kampung
Jumpa tok, nek, mak ngah dan pak long
Duit raya masuk berkuyun-kuyun
Niat hati kau nak beli mercun
Jangan brader, nanti kodong...

Hari raya hari mulia
Bermaaf-maafan kita semua
Setiap orang ada silap dan salah
Takkan lu masih nak marah-marah
Jangan brader, rilek...

Rilek raya, raya rilek
Rilek raya, raya rilek
Rilek raya, raya ni rilek lah

Ketupat, lontong dan rendang
Kuih-muih bermacam hidangan
Sila makan cik adik dan cik abang
Tapi jangan lupakan orang belakang

Rilek raya, raya rilek
Rilek raya, raya rilek
Rilek raya, raya ni rilek lah
Previous
Next Post »
0 Komen