Alyah - Istilah Syawal

Berpakaian indah, riang ria
Jemari bersusun, bermaafan
Air mata syahdu, bertitsan
Sanak saudara, datang bertandang

Juadah tersusun sudah
Enaknya, beraneka rasa

Kuih dan muih sudah terhidang
Ketupat, rendang dan juga lemang
Janganlah malu janganlah segan
Menyusul pula kopi secawan

Ada yang tangisi penuh hiba
Mengenang insan yang tiada
Jemari disusun sekalung doa
Mohon ehsan, Maha Kuasa
Hingga syurga

Takbir bergema suara indah
Memujikan Ilahi berkumandang megah

Lagu: Ardiv Jauhari
Lirik: Johari Teh
Previous
Next Post »
0 Komen