Maya Karin - Pulang

Tiba hari raya hiba tak terkata
Terkenangkan masa dengan bonda
Waktu kita bersama bersuka dan duka

Pagi aidilfitri usah tugas lagi
Setahun lama membanting tulang
Masa untuk kembali

Pulang lekas pulang
Janganlah kita tinggal seorang
Pulang lekas pulang
Ke pangkuan mereka tersayang

Tiba hari raya risau dalam jiwa
Berakhir sengketa keluarga yang bertahun lamanya
Tak mungkin dilupai

Pagi aidilfitri usah kenang lagi
Sejarah hitam lama hidupmu
Mereka kan mengampun

Pulang lekas pulang
Janganlah kita menyesal nanti
Pulang lekas pulang
Janganlah kita melupa diri

Masa berbahagia bersama jiran dan keluarga
Masa bercahaya hari ini hari raya
Lekas pulang

Marilah kita berjabat tangan dan bermaaf-maafan
Bahagia di hari lebaran
Hari yang mulia

Pulang lekas pulang
Janganlah kita menyesal nanti
Pulang lekas pulang
Janganlah kita melupa diri

Masa berbahagia bersama jiran dan keluarga
Masa bercahaya hari ini hari raya
Lekas pulang
Previous
Next Post »
0 Komen