Qasri - Citarasa Perempuan

Ramai lelaki mahu
Susuk tubuh yang berketul
Bukan itu yang dimahu
Gaya serba jenama
Dan lidah petah bicara
Tapi itu tak diperlu

Kerana apa yang diminta
Hanya mereka yang sederhana
Sederhana

(korus)
Citarasa perempuan Melayu kita
Tidak suka yang bercakap besar
Tapi merendah diri dan memandang tinggi pada kedua orang tua
Citarasa perempuan Melayu kita
Tidak gemar yang berfoya-foya
Jadi bila menggoda gunakanlah pekerti dan berbudi bahasa

Tak usah kelam kabut kerana
Dia lebih suka perlahan-lahan
Jangan gabra
Berikan dia masa
Untuk merasa selesa
Baru tahu dia suka

Kerana apa yang diminta
Hanya mereka yang tahu sabar
Jangan gabra

(ulang korus)
Previous
Next Post »
0 Komen