Demascus - Syurga Kita

Biarpun hujan dan ribut
Tetap diri teguh merimbun
Walau luka dedaun gugur

Dari panas ku cipta bayang
Buat engkau teduh dan tenang
Mendakapmu dengan damai

Sungguhpun aku derita
Ku tetap berdiri
Demi Cinta Yang memberi cahaya

Hilang ribut langit pun cerah
Pergi sudah udara resah
Bahagia pun mekar
Dan menghiasai indah warnanya

Kemarau kini tiada lagi
Dan hujan kasih pun membasahi
Tiap nafas mengulangi janji
Janji kita

(korus)
Di puncak sana
Kita capai bahagia
Walau berliku rintangannya
Ketemu syurga di hati kita
Harum dengan kasih serta cinta

Di puncak sana
Kita capai bahagia
Walau berliku rintangannya
Ketemu syurga di dasar hati kita
Indah dihias setia dan percaya

Di puncak sana
Kita capai bahagia
Walau berliku rintangannya
Ketemu syurga di hati kita
Harum dengan kasih serta cinta
Previous
Next Post »
0 Komen