Fitri Haris - Airmata R4BIA

Tak tertahan beban hati ini
Tidak tega lihat kau sendiri
Ada duka di gamit derita
Ada luka di mamah sengsara

Airmata yang engkau alirkan
Tangisan kerinduan
Pada damai yang bagai menghilang
Bilakah kan menjelang

Hanyalah kerana keangkuhan mereka
Engkau yang menjadi mangsa

Berlumuran darah
Merah titisnya sepanjang langkah
Namun tidakkan kau menyerah biarpun nyawamu gantinya
Perjuangan mujahidin diiring doa seluruh alam
Beban derita yang engkau galas
Jadi luka sepanjang jalan
Menuju syurga

Kilauan cahaya di langitMu
Dan dentum kezaliman
Kau saksikan para syuhada'mu
Jadi korban runtuhan

Hanyalah kerana rebutkan bumi tandusmu
Engkau yang menjadi mangsa

Berlumuran darah
Merah titisnya sepanjang langkah
Namun tidakkan kau menyerah biarpun nyawamu gantinya
Perjuangan mujahidin diiring doa seluruh alam
Beban derita yang engkau galas
Jadi luka sepanjang jalan
Menuju syurga

Berjuanglah engkau tegak kebenaran
Bumimu ditindas engkau pertahankan
Keperitan hidup yang engkau redah
Kan berakhir di suatu hari
Previous
Next Post »
0 Komen