Firast - Epilog Perjuangan

Tika fajar nan menyinsing membawa sinar cahaya
Terang menyuluhi bumi yang gersang dan ketandusan
Suara azan berkumandangan mengalunkan kesyukuran
Bersatu dalam kalimah ketakwaan

Berkubur sebuah episod kejahilan duniawi
Tanda bermula sebuah kehidupan yang dinanti
Bergema suara kalam melimpah cahaya Ilahi
Tersebar risalah agung yang abadi

Bertitik tumpah darah perwira
Basah menitis di hujung pusara
Nyawa hilang sebagai tanda
Bersemadi rohnya di syurga sana

Detik ini senyuman tawa
Terukir kembali mengiringi perjuangan
Membawa erti kemerdekaan anugerah Ilahi
Terbinalah maruah ibu pertiwi

Epilog perjuangan cinta yang satu

Bertitik tumpah darah perwira
Basah menitis di hujung pusara
Nyawa hilang sebagai tanda
Bersemadi rohnya di syurga sana

Detik ini senyuman tawa
Terukir kembali sekian lama
Memberi erti hakikat merdeka
Menjelma sebuah impian bermakna
Melestari harapan suci dan murni
Menyusur jejak langkah tercinta
Terbina maruah ibu pertiwi

Kejayaan, kejayaan
Epilog perjuangan
Previous
Next Post »
0 Komen