monoloQue - Hari Raya Ini Dalam Sejarah

Lupakan sementara
Segala duka nestapa
Hari ini hari raya
Hari bahagia lagi mulia

Kota konkrit lengang sunyi
Terkedu sayu di dalam hati
Tatkala mendengar takbir berbunyi

Siang malam bertungkus lumus
Mencari rezeki nasi sebungkus
Apa yang terdaya cukup bermakna
Hari ini teristimewa

Terangkan semula
Hati yang gelap gelita
Hari ini hari raya
Hari bahagia lagi mulia

Hentikan porak peranda
Nikmati suasana
Gelak ketawa untuk seketika

Yang terputus elok disambung
Yang retak elok dijahiti
Tak kira fahaman mana yang kau disanjung
Kanan dan kiri dihormati
Pangkat dan darjat tiada erti
Bersama-sama

Rehatkan sementara
Sengketa di antara kita
Hari ini hari raya
Hari bahagia lagi mulia

Bulan lain berlumba-lumba
Kejar mengejar dunia
Tiba sudah bulan bermakna
Semuanya cukup sempurna
Yang termampu
Sudah cukup sempurna
Yang termampu
Sudah cukup sempurna

Cambahkan tindak balas
Kimia di antara kita
Hari ini hari raya
Hari bahagia lagi mulia

Terangkan semula
Hati yang gelap gelita
Hari ini hari raya
Hari bahagia lagi mulia

Hari ini hari raya
Hari yang teramat istimewa
Istimewa, istimewa

Hari ini hari raya
Previous
Next Post »
0 Komen