GLP feat Dato' Chef Ismail & RJ - Joget Ria Aidilfitri

VERSE 1
Di hening subuh takbir bergema
hati tenang Ramadhan sempurna
berseri Syawal aneka warna
hati nan riang di hari raya.

Tetamu datang berkunjung mesra
Bersalam-salam, maaf dipinta
hidangan lazat penuh dimeja
lemang, ketupat, rendang menyelera.

CHORUS
Mari, mari, makan semua
Ala, penat je Chef masak...
Oh, tak sabar nak merasa!
semuanya nampak enak!

Mari, mari, makan semua
Ala, tak sudi ke nak merasa?
Oh, tak mungkin tak sudi
tak merasa, kami rugi!

VERSE 2
Di hari raya ku kirim rindu
ingatan mesra ikhlas nan syahdu
tua dan muda riang gembira
jiran tetangga tidak dilupa.

Di hari raya hari gembira
miskin dan kaya sama merasa
tiada lagi lapar dahaga
juadah enak sama dirasa.

#ULANG CHORUS

Indahnya pagi Syawal nan suci
kasih bersemi seikhlas hati
bersyukur kita pada Ilahi
Riang ria di Aidilfitri.

RAP
Salam diberi mulakan gerak tari...
Bersama GLP
Chef Ismail penambah seri...

Maaf... Dihimpun semua...
Walau... Jauhnya di mata...
Tidak... Semuanya dilupa...
Kasih... Kekal sentiasa...

Jari disusun semua
Di Aidilfitri mulia
Lupa segala sengketa
Salam maaf yang di pinta

ULANG CHORUS

Indahnya pagi Syawal nan suci
kasih bersemi seikhlas hati
bersyukur kita pada Ilahi
Riang ria di Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilftri(4x)
Previous
Next Post »
0 Komen