Ali Terra Rossa - Langkah Terakhir

Langkah pertama yang telah ku atur
Buat aku sentiasa tersenyum
Kerna tiada di hadapanku
Pagar yang akan jadi penghalang

Indah terasa semua pingin ku
Rasa laju bak angin bertiup
Di dalam diam ingkar terhimpun
Menjadi laut tiada bertepi

Bahang derhaka mula terasa
Membakar jiwa merosak rasa
Dosa terkumpul penuh catatan
Hidup hanya menanti balasan
Takut mula mengusik hati
Inikah suratan aturan Illahi

(korus)
Langkah terakhir mesti diatur
Ingat janji Mu ingatkan ehsan Mu
Rasa kerdilnya diri ternoda
Mengharap maghfirah serta redha
Sebelum pulang ke tempat asal ku
Terimalah langkah hamba Mu ini
Luas pintu rahmad Mu Ya Robbi
Terimalah langkah terakhir
Previous
Next Post »
0 Komen