UK's - Gembira Di Hari Raya

Di pagi raya
Semua orang gembira
Sebulan berpuasa
Kini tiba hari raya
Di hari raya
Bertegur sanak saudara
Sama meraikan hari yang mulia
Semua orang gembira

Di malam raya
Oh, sibuknya tak terkira
Bersiap sedia
Untuk sambut hari raya
Di hari raya
Yang jauh pulang ke desa
Tak sabar rasanya
Tunggu syawal tiba
Takbir bergema
Berpakaian lawa
Nak sambut raya
Oh, indahnya hari raya

Di hari raya semua gembira
Yang susah janganlah dilupa
Mari bersama menjamu selera
Ketupat rendang lemang semua ada

Selamat hari raya
Bermaafan kita
Selamat hari raya
Hai, untuk semua
Selamat hari raya
Mari bergembira
Pakcik dan makcik
Janganlah lupa
Sediakan duit raya
Alangkah indahnya
Di hari raya
Semua orang gembira

Di malam raya
Oh, sibuknya tak terkira
Bersiap sedia
Untuk sambut hari raya
Di hari raya
Yang jauh pulang ke desa
Tak sabar rasanya
Tunggu syawal tiba
Takbir bergema
Berpakaian lawa
Nak sambut raya
Oh, indahnya hari raya
Previous
Next Post »
0 Komen