Pesawat - Rapuh (OST KIL)

Keraguan telah meracuni diri
Dalam keresahan ini
Ku cuba bangkit melawan
Arus yang menentang hanya alasan
Bukan tangisan yang ku cuba tagihkan

Sungguh aku belum fahami
Erti lena dibuai alam mimpi

Kekusutan telah merungsingkan diri
Dalam kealpaan ku
Kau cuba menunding jari
Kata kata menikam
Menusuk dalam hati
Merasuk dalam jiwa
Rona yang dusta belaka

Sungguh aku belum fahami
Erti lena dibuai alam mimpi

Walau apa yang datang menjelma
Kita akan hadapi bersama
Walau ribut yang datang melanda
Kita hadapi bersama

Ku cuba keluar dari keinginan
Yang merasuk benak pemikiran
Ku cuba ubah demi masa depan
Usah taksub dengan kesenangan

Katakan masih ada peluang
Untuk kembali bertaut
Demi kita dan harapan
Previous
Next Post »
0 Komen