Safiya - Paksi

Biarkanlah aku sendirian begini
Tinggalkan aku dalam derita ini
Biarku baluti luka yang dalam ini
Dengan kesedaran maruah hakiki
Cinta insani

Takkan ku rela tumpahkan air mata ku
Kerana kegagalan cinta kita
Agung cintamu dari janji manismu
Tak ku rela cemari kesucian
Tanda kesetiaan

Akan ku pertahankan
Peganganku, nilai cintaku
Takkanku rela lemas
Dalam pelukan
Cinta yang bersalut nafsu
Cinta yang keliru

Terima kasih ku ucapkan
Kerana beri ku rasa kekecewaan
Percintaan

Pastikan ada pengganti
Seperti dijanji walau tak seperti wali
Biarlah diberkati

Akan ku pertahankan
Peganganku, nilai cintaku
Takkanku rela lemas
Dalam pelukan
Cinta yang bersalut nafsu
Cinta yang keliru

Terima kasih ku ucapkan
Kerana beri ku rasa kekecewaan
Percintaan

Pastikan ada pengganti
Seperti dijanji walau tak seperti wali
Biarlah diberkati

Maafkan aku menolak rasa cintamu
Teguh ku berpegang pada paksi cintaku
Prinsipku
Previous
Next Post »
0 Komen