SSK - Benci

(chorus)
Aku benci, aku, aku benci
Aku benci, aku, aku benci

NBE:
Aku benci bangun lambat masuk lewat, potong gaji
Benci naik tren padat, semerbak bau keti
Benci sakit gigi lagi benci sakit hati
Benci orang komplen salah parti tapi tak mengundi
Benci orang selfish mengalahkan nelayan
Benci amoi drive, lu tau kenapa kan? kan? kan?
Benci orang 'dan dan'
Benci orang cakap kuat 'tuk menarik perhatian
Aku benci tangkai jering yang berhati busuk
Benci orang judge orang dan si loyar buruk
Benci status dan kuiz bodoh dalam Facebook
Benci bila tersilap offer perempuan buncit duduk
Aku benci, dibenci, membenci, pembenci
Aku benci, orang-orang, yang benci diri sendiri
Benci orang Parsi fussy, dan Arab tak beradab
Benci makanan mahal tapi langsung tak sedap

(chorus)
Aku benci, aku, aku benci
Aku benci, aku, aku benci

Saph:
Dia benci, aku pun benci jugak
Benci surat khabar, benci orang kuat borak
Aku benci gila orang malas pakai otak
Aku benci budak gaduh bawak budak
Kau terlalu kuno, nak gaduh bawak puak
Kau bukannya gangster, stakat melawan emak
Aku benci, bukan aku perli
Aku benci, orang yang boleh beli
Aku benci, cerita hantu hangpa
Lu dongeng gila, macam mastika
Aku benci orang kuat bebel, rimas!
Hidup macam sate, orang kuat kipas
Aku benci bila Internet slow
Fiber optik connection dah ada tapi mahal doh
Aku benci bila orang tarik benang
Lagu kau sampah, marketing kau cemerlang

Kalau korang turut benci, mari bersama kami
Kalau korang turut benci, mari bersama kami
Mari bersama kami, mari bersama kami
Mari bersama kami, kita nyanyi chorus ni...

(chorus)
Kami benci, kami, kami benci
Kami benci, kami, kami benci

NBE:
Kami benci kena buli, perform waktu tengah hari
Time orang takde lagi, sebab tak famous lagi
Kami suruh angkat tangan, dorang angkat kaki
Dorang bagi jari, buat muka mintak kaki

Saph:
Kami benci, sangat benci temberang organiser
Konon ramai media datang, tapi payment takde
Kami benci orang yang tak baca tech rider
Bila datang, soundcheck semua benda takde

NBE:
Benci lagu, tak best tapi radio main hari-hari
Sedar tak sedar kami turut menyanyi
Benci artis realiti, bercakap tentang indie
Benci orang yang tak faham-faham lagi maksud indie

Saph:
Benci orang kata support, tapi mintak CD free
Download pun nak free, semua benda nak free
Tapi bila gig free dorang pulak tak free
Kami benci, kami, kami benci...

Previous
Next Post »
0 Komen