Suhaimi Saad feat Amir Kaslam - Tolong Ampunkan

Dengan namaMu ya Tuhanku
Maha Pengasih dan Pengampun
Aku meminta dan merayu
Ampunkanlah dosa-dosaku

Hanya padaMu ya Tuhanku
Aku bersujud dan bersyukur
Dan ku serahkan segalanya
PadaMu Tuhan Maha Sempurna

(korus)
Kamilah hamba sering terlupa
Engkau Kuasa tolong ingatkan
Kamilah hamba sering berdosa
Engkau Pengasih tolong ampunkan

Bila teruji ku bersedih
Kerana menduga Kau membenci
Tapi rahmatMu menyedarkan
CintaMu selalu ada di sisi

Oh Tuhan tunjukkanku jalan kebenaran
Agar ku tak hanyut dalam duniaMu

Semua dosa yang telah tertulis
Takkan ku jemu memadamnya
Selagi nyawa tak terhenti
KeampunanMu pasti ku nanti

(ulang korus)
Previous
Next Post »
0 Komen