Rabbani & Siti Nurhaliza - Muhammad Al-Ameen

Muhammad Al-Ameen gelaran terpuji
Dipercayai dan diyakini
Engkaulah cahaya bersinar gemilang
Membawa rahmat ke seluruh alam

Selawat dan salam
Ikhlas kami ucapkan
Untukmu junjungan tercinta
Rasa rindu berbunga
Mewangi harum mesra
Bila kasih padamu bersemi di jiwa

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami mengharapkan syafaatmu

Pujian dan selawat
Kasih suci dilafaz
Ke hadratmu Nabi kami sampaikan
Bersahutan bicara menagih ehsan rindu
Dari insan pilihan penghulu di syurga

Kau membawa risalah as-Siddiq
Kau menyeru secara berTabligh
Kau menyebar bersendi Fatanah
Kau mendukung budaya Amanah

Membangunkan ummah sedunia

Perjuangan penuh cabaran
Berterusan tak pernah henti
Walaupun terhimpit terseksa
Jiwa raga engkau korbankan
Membela agama sehingga berjaya

Muhammad Al-Ameen gelaran terpuji
Dipercayai dan diyakini
Engkaulah cahaya bersinar gemilang
Membawa rahmat ke seluruh alam

Selawat dan salam
Ikhlas kami ucapkan
Untukmu junjungan tercinta
Rasa rindu berbunga
Mewangi harum mesra
Bila kasih padamu bersemi di jiwa

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami mengharapkan syafaatmu

Kau membawa risalah as-Siddiq
Kau menyeru secara berTabligh
Kau menyebar bersendi Fatanah
Kau mendukung budaya Amanah

Membangunkan ummah sedunia

Perjuangan penuh cabaran
Berterusan tak pernah henti
Walaupun terhimpit terseksa
Jiwa raga engkau korbankan
Membela agama sehingga berjaya

Muhammad Al-Ameen Insan istimewa
Allah dan Malaikat berselawat
Mengangkat martabat manusia teragung
Kekasih Allah ikutan ummah

Alangkah gembiranya andai dapat bersama
Namun dikau kini sudah tiada
Hanya mukjizat mulia Al-Quran juga sunnah
Mutiara pusaka pengganti dirimu

Ya Habibi Ya Muhammad Ya Saidi al-Mustafa

Pabila mengenangkan sirah hidup baginda
Indah bagai rembulan yang bercahaya
Sinar barakahnya menyiram rasa bahagia
Hati yang manakah tak rasa syahdu

Sinar barakahnya menyiram rasa bahagia
Hati yang manakah tak rasa syahdu
Previous
Next Post »
0 Komen