Monoloque - Gurindam Hutan Batu

Kalau kau rasa terkilan
Jangan simpan di dalam hati
Walau kau rasa tertekan
Jangan sampai dibawa mati

Mari cuba selesaikan
Kau cuma perlukan cinta
Dan sedikit perhatian
Tak perlu merajuk lagi

Kalau kau rasa ditawan
Jangan laporkan pada yang berkuasa
Walau kau tak melawan
Tak bermakna kau tak boleh bersuara

Mari cuba selesaikan
Kau cuma perlukan cinta
Dan sedikit perhatian
Tak perlu merajuk lagi

Kau rasa apa yang aku rasa
Tindakbalas kimia yang sempurna

Tiada yang mustahil
Ianya pasti berhasil
Tiada yang mustahil
Cinta menakluk semua

Kalau rasa digunakan
Jangan biar ia berleluasa
Walau kau tak melawan
Tak bermakna kau tak boleh bersuara

Mari cuba selesaikan
Kau cuma perlukan cinta
Dan sedikit perhatian
Tak perlu merajuk lagi

Kau rasa apa yang aku rasa
Tindakbalas kimia yang sempurna

Tiada yang mustahil
Ianya pasti berhasil
Tiada yang mustahil
Cinta menakluk semua

Kalau kau rasa terkilan
Jangan simpan di dalam hati
Walau kau rasa tertekan
Jangan sampai dibawa mati

Mari cuba selesaikan
Kau cuma perlukan cinta
Dan sedikit perhatian
Kau cuma perlukan cinta

Tak perlu merajuk lagi
Previous
Next Post »
0 Komen