Hujan - Kuala Lumpur Oh Kuala Lumpur

Aku datang dari desa hanya sebatang kara
Meninggalkan kampung tercinta dan sanak saudara
Setiba di kotaraya aku giat bekerja
Berlumba-lumba mengejarkan apa yang dicita

Meskipun badai yang melanda aku terus melangkah
Mengharungi hidup kota dengan sepotong doa
Agar kehidupanku lebih maju bermakna
Cuba membela nasib agama, bangsa, negara

(korus)
Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
Menyinari hidupku
Kota yang penuh dengan cabaran
Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
Menyinari hidupku
Kota yang penuh dengan harapan

Si miskin dan si kaya semua tiada beza
Di kotaraya yang mempunyai berbilang bangsa
Bila larut senja menjelma sungguh indahnya
Oh betapa aku terharu dan sungguh berbangga

(ulang korus)
Previous
Next Post »
0 Komen