Tomok – Merentas Masa

Kau kunci senyuman kau di kalbuku
Menjadi rakaman yang tak mungkin terpadam
Biar jutaan batu dan waktu kau pergi
Dikau tak pernah jauh

Rela aku merentas masa untuk bersamamu
Merangkak, berenang mahupun terbang
Takkan ada apa yang menghalang aku darimu
Sekalipun tembok yang membatasi lingkungan logika

Mana sekali zaman kau menghuni
Mana jajahan dan aliran kau patuhi
Aku yang sebegini tak akan berhenti
Dari mendapatkan kau

Rela aku merentas masa untuk bersamamu
Merangkak, berenang mahupun terbang
Takkan ada apa yang menghalang aku darimu
Sekalipun tembok yang membatasi oh logika

Biar kayu dan batu mencedera tubuhku
Hingga tulang belulang kepatahan beremukan
Takkan sekali dapat menghalang jiwa
Yang benar-benar memahukan
Diri kau menjadi milikku

Rela aku merentas masa untuk bersamamu
Merangkak, berenang mahupun terbang
Takkan ada apa yang menghalang aku darimu
Sekalipun tembok yang membatasi oh logika

Demi cinta ku rentasi masa
Demi cinta ku ubah logika
Demi cinta ku merangkak, berenang mahupun terbang
Demi cinta aku rela
Previous
Next Post »
0 Komen