Projek Pistol - Syurga

Di pentas ini kisah bermula
Dua remaja jujur temui cinta
Dia yang muda mengharap cinta
Padamu kekasih hatinya

Tiba masanya kini dewasa
Si peria kini harus ke kota
Hanyalah doa dan air mata
Si gadis berjanji setia

Di matanya ada cinta
Mengharap kau setia dalam hatinya
Bibirnya ada doa
Mengharap kau kembali nanti bersama
Di hatinya syurga

Tahun berlalu musim berganti
Gadis tertinggal masih setia menanti
Renung matanya menghitung hari
Mengharap pasti kan kembali bersama

Kini di kota kau yang berjaya
Gadis kau puja dulu kini kau lupa
Tiada beza resam dunia
Yang tinggal hanyalah kecewa

Di matanya ada cinta
Mengharap kau setia dalam hatinya
Bibirnya ada doa
Mondoakan harimu pasti sempurna

Di matanya ada cinta
Mengharap matahari akan menjelma
Bibirnya ada doa
Mengharap kan nanti pasti ada cahaya
Ada syurga

Di matanya ada cinta
Mengharap kau setia dalam hatinya
Bibirnya ada doa
Mengharap kan nanti pasti ada cahaya

Ada syurga (6x)
Di hatinya
Ada syurga
Previous
Next Post »
0 Komen