Azman Aziz - Sekeras Kerikil

Dalam hidup ini telah ku lalui segala
Rintangan ku tempuh satu demi satu berlalu
Dalam kepayahan ku gagahi bangun dan berdiri
Walau zahir ku lemah tak berdaya
Semangatku yang terus membara

Dalam menempuh jalanan ini
Tiada sesiapa sudi
Menghulur walau secebis simpati

Dalam hidup ini penuh cerita dukaku
Kecewa ku alami bagai menutup oh pintu hati
Dalam kepedihan ku merawat luka sendiri
Walau hati menangis merintih
Ku yakin ada sinar menanti

Dalam menempuh jalanan ini
Tiada sesiapa sudi
Menghulur walau secebis simpati
Dalam menempuh jalanan ini
Tiada sesiapa lagi
Hanya pada Tuhan ku serahkan diri

Kini usia mendewasakan
Melimpahkan keyakinan
Ku merenung ke bintang
Di sanalah harapan
Ku keraskan jiwa bak kerikil
Lambang keteguhanku

Oh Tuhanku lindungilah hambamu ini

Dalam menempuh jalanan ini
Tiada sesiapa sudi
Menghulur walau secebis simpati
Dalam menempuh jalanan ini
Tiada sesiapa lagi
Hanya pada Tuhan ku serahkan diri
Previous
Next Post »
0 Komen