Amirul Jafril - Sehingga Sempurna

Telah ku serah seluruh cinta, jiwa dan ragaku
Telah ku bentangkan bahagia di depan matamu
Namun kau membalas derita dalam ruang kalbu
Hanya rindu hanya dendam yang kau tinggal

Demi kenangan waktu dulu ku biar berlalu
Biarpun salah bukan aku biar ku berundur
Siapa kini yang berdusta mengkhianati rasa rindu
Yang telah lama yang terang kian kabur

Ku berhenti mengharapkan semua
Kerna yang kau rasa bukannya cinta
Tinggalkan aku yang lara tinggalkan aku merana
Biar aku rawat luka parah sehingga sempurna

Telah ku serah seluruh cinta, jiwa dan ragaku
Telah ku bentangkan bahagia di depan matamu
Siapa kini yang berdusta mengkhianati rasa rindu
Yang telah lama yang terang kian kabur

Tinggalkan aku sendiri

Ku berhenti mengharapkan semua
Kerna yang kau rasa bukannya cinta
Tinggal aku yang lara tinggal aku yang merana
Tinggalkan aku yang setia dan menyinta

Ku berhenti mengharapkan semua
Kerna yang kau rasa bukannya cinta
Tinggalkan aku yang lara tinggalkan aku merana
Biar aku rawat luka parah sehingga sempurna
Previous
Next Post »
0 Komen