MicWrecka feat SSK - Support Bro!

(NBE)
dah susah hidup susah, aku cuba mengubah
nasib keluarga - nak jadi kaya raya
dengan sekelip mata - dengan karya karya
yang berisi bakat dan seribu usaha
jadi aku bermula dgn internet dan forum
berkenal kenalan - mula mencari korum
mengejar pengajar, mencabar dan juga menyebar
bila diselar ku diajar belajar bersabar
tegar dgn keystyling ku beralih ke audio
nak buat lagu bukannya benda senang bro
bukan takat titik peluh, duit byk nak guna
byr beat, byr mixing, studio kena disewa
semuanya akan berbaloi kalau cd dibeli - tapi
selalunya sorang beli pastu sumer kongsi
teknologi buat ramai org jadi pencuri
fuck perjuangkan seni, baik berhenti sebelum rugi!

(Chorus)
I Demand Support
Daripada korang untuk teruskan mengarang
I Demand Support
Aku cintakan muzik aku tak pernah curang
I Demand Support
Demi Hip-Hop Kami Tetap Berjuang
I Demand Support

(Saph)
ramai orang cakap, memang ramai yang bercakap
banyak mulut sangat tapi tak boleh harap
penat lelah aku, kau tak pernah fikir
tak suka tak ape, tak payah menyindir
aku bukan orang berada, aku cuma mencuba
bertaruh nasib, harapkan kau terima
aku buat muzik atas nama cintakan seni
alunan rima dan muzik dari hati
dunia muzik sekarang, banyak melodi
makin tak berbakat, makin kau disukai
itu hipotesis yang record label usulkan
eksperimen berjaya bergaya keburukan
aku bukan kau, bukan komposer terkenal
kau buat beat murahan tapi nak jual mahal
penat dah mengeluh, korang fikir sendiri
sampai masa, aku akan hilang pergi

(Chorus)

(MicWrecka)
MicWrecka memastikan segala peluang tutup
kerana tidak sanggup ngan industri makin lingkup
semua artis masa kini hanya nak meletup
kurang daya kreativity dan pegangan hidup
perwatakan watak-watak perlu diwatakkan
lagi seblum kejahilan sampai tahap kebosanan
jangan dimainkan oleh ahli perniagaan
koperat keparat yg fikirkan keuntungan
muzik aku berbeza walau tidaklah popular
aku original kau masih ikut formula
janganlah nak bising pasal cetak rompak
korang buat aku gelak mcm nabil raja lawak
"lu fikirlah sendiri" apa yg aku maksudkan
lagu keluar radio ingat gempak. memang perasan
semua pandai komen sejak akademi fantasia
kalau ambil hati karier nkau akan sia-sia

(Chorus)
Previous
Next Post »
0 Komen