Malique feat Elvira - Pergi Jauh

Cantik luar, cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik suka cantik boleh datang sini
Cantik luar, cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik suka cantik boleh ikut pergi
Pergi mana? pergi jauh dari sini
Dalam mimpi kanda diberi alamat
Di situ tempat ubat masam muka
Ubat muram durja
Di situ kita bebas, selamat
Janji, tiada mata jahat yang memerhati
Di sini susah hati
Di situ kita bermimpi

(korus)
Jom, (ayuh} pergi jauh dari sini
Di sini susah hati
Di situ kita bermimpi
Jom, (ayuh} pergi jauh dari sini
Di sini susah hati
Di situ kita boleh
Bercanda di pasiran pantai
Dan lupakan hiruk-pikuk kota
Kita boleh bercanda di pasiran pantai
Bersama kita bermadu asmara

(verse 1)
Ku bermimpi berdiri atas air biru jernih
Bayu bersih tolong meniup pasir putih
Kita boleh duduk situ, pencil, terasing
Hanya kita berdua, hanya masing-masing
Layan ombak biru yang turun naik bergulung
Pegang-pegang tangan, senyum, termenung
Kita boleh buka cerita jenaka, bercanda
Boleh mabuk asmara, tunggu cinta melanda
Boleh bercengkerama, bermanja-manjaan
Boleh bermadu kasih, bercumbu-cumbuan
Janji, tiada mata jahat yang memerhati
Di sini susah hati, di situ kita bermimpi

(ulang korus)

(verse 2)
Mentari iri hati, kita miliki siang
Burung pemburu cemburu bersiul dan terbang
Awan tembam faham, terpegun
Dibiar kita asyik mengelamun dengan tekun
Lepas kejar-kejar boleh bina istana pasir
Boleh jadi anak kecil, main sampai malam hampir
Tiada konspirasi, penaja
Di situ kita bebas kita kita, kita raja
Bulan madu di syurga, mana lebih sempurna
Kanda dan dinda, hanya kita berdua
Janji, tiada mata jahat yang memerhati
Di sini susah hati, di situ kita bermimpi

(ulang korus)

(verse 3 - Elvira)
Di situ ada hutan agar 1aut tidak sepi
Kumpul ranting buat unggun api
Untuk pikat berjuta bintang dan juga si purnama
Agar nampak kita dan bersaksi
Kita boleh ketawa, bertepuk dan menyanyi
Bo1eh berpeluk, bersayang dan berjanji
Bo1eh lepas geram, kira sampai tiga dan jerit
Tiada siapa yang peduli
Apa kata cerita hantu sambil teman unggun api
Seram peluk, geram cium pipi
Jom cerita hantu, temani unggun api
Seram peluk, geram cium pipi

Di situ kita jadi penunggu mentari naik
Di situ kau isteri, kekasih dan teman baik
Di situ kita kembali mengenal masing-masing
Di situ kita tidak 1agi asing
Di situ bukan kau
Di situ bukan aku
Di situ kita satu
Jom janji, tiada mata jahat yang memerhati
Di sini susah hati, di situ kita bermimpi

(ulang korus)
Previous
Next Post »
0 Komen