XPDC - Rasopariso

Rambut samalah hitam
Bila dipandang
Hati belumlah tentu
Sama warnanya
Di dalam tiada gambaran
Di dalam penuh dugaan

Walau apa telahan
Ada batasnya
Biarlah berpada
Kita amalkan
Hati perlulah dijaga
Rukunnya sepanjang masa

Perlulah bergandingan
Sepanjang zaman
Apa yang akan datang
Tetap bertahan
Biarpun susah bertamu
Akulah rakan taulanmu

Tak perlu mendabik
Dadamu yang sempit
Tunduk bak padi
Semakin berisi
Merendah tiada rugi
Dunia pun senang hati

Larilah ke depan
Mengejar impian
Hitam yang semalam
Jadikan sempadan
Kitakan orang harapan
Tak lekang hulurkan salam

Rasopariso dalam hati
Rasopariso tiada henti
Previous
Next Post »
0 Komen