Ella - Puisi Hamba

Esok hari tiada lagi
Suramnya hati untuk ku pergi
Meninggalkan bulan dan suria
Itu umpama kamu semua
Diri ini diterpa hiba
Tika fajar berubah senja

(korus)
Terimalah puisi hamba
Pengganti ku bila tiada
Sukar untuk ku berkata
Selamat tinggal semua
Aku ini sering berdoa
Kepada Yang Maha Kuasa
Agar kita satu semula
Sayang ini bukan masanya

Sejauh mana aku kembara
Memori ku digalas bersama
Esok hari tiada lagi
Suramnya hati untuk ku pergi
Terimalah terimalah terimalah

(ulang korus 3x)
Previous
Next Post »
0 Komen